鼠尿病

打印
分类:时事

鼠尿病的学名是钩端螺旋体病(leptospirosis)。1886年,人类首次确认这种病。其传染源“钩体”的宿主非常广泛,家畜如猪、犬、牛、羊、 马等,野生动物如鼠、狼、兔、蛇、蛙等均可成为传染源,但主要传染源为老鼠。

 

带菌期鼠排菌可长达数年,因而称为“鼠尿病”。“钩体”在动物肾脏内生长繁 殖,菌随尿排出,污染水及土壤。

人们接触被污染水和土壤,病原体通过破损的皮肤或黏膜侵入体内而受染,患病孕妇可传给胎儿。

鼠尿病的发病征兆和普通感冒差不多,症状是高烧、头痛、呕吐,许多人初发病时当成了感冒或热伤风,结果耽误了治疗。

很快,鼠尿病的症状就会转为黄疸、腹泻 或出疹,病人高烧不退,浑身酸痛,眼睛呈红黄色。

如果不及时治疗,就会导致肾脏损伤、脑膜炎、肝脏衰竭,严重者会导致死亡。鼠尿病的潜伏期只有两三天,而 且以青壮年发病最多。

 

 鈎端螺旋體病(Leptospirosis)

鉤端螺旋體病是由鉤端螺旋體(Leptospirainterrogans)感染產生的感染症,是熱帶、亞熱帶地區常見的人畜共通感染病。

鉤端螺旋體為細桿狀螺旋型,兩端呈現鉤狀具內鞭毛的螺旋體,可經由傷口感染幾乎所有哺乳類動物,包括野生及家畜動物。

鉤端螺旋體主要宿主有老鼠、犬隻、豬、牛、馬、羊等動物,動物感染鉤端螺旋體後,將造成腎臟慢性感染,並由尿液大量排菌,再經由尿液污染水及土壤,進而感染人類。

當人們工作(農民、下水道工程、礦工、屠夫)或野外活動時,可經由皮膚及黏膜傷口接觸受動物尿液污染的土壤或水而得病,少部份因直接接觸動物及其組織而感染。

在世界各地,不論鄉村、城市、先進或發展中國家皆有發生鉤端螺旋體病。於人群中爆發流行的原因,為接觸到污染的水源,如河流及湖水等,尤其是在污染區從事野外活動,如游泳、露營及運動等。

潛伏期通常為10天。

 

類鼻疽(Meliodosis)

類鼻疽由感染類鼻疽桿菌(Burkholderi apseudomallei)引起,屬假單孢菌屬革蘭氏陰性桿菌,此菌在土壤、水池及積水環境中存在,會感染馬、羊、豬等動物以及人類,其引致的病名即稱為類鼻疽。其流行地域為東南亞地區及澳洲北部的熱帶地域。

通常發病原因為皮膚多有擦傷、撕裂傷或燒傷的傷口,並接觸到受污染的水或土壤。

此菌以腐生方式存在於特定的土壤或水中,許多不同的動物皆可能被感染,包括羊、馬、豬、猴、囓齒類及鳥類等,惟目前未證實這些動物確實為重要的傳染窩。

主要的傳染途徑是由於皮膚傷口接觸到受病菌污染的土壤或水而被感染,但也可能經由吸入、食入受污染的土壤或水,或吸入受污染的塵土而受感染,一般情形下並不會由人直接傳染給人。

潛伏期可短至2天,或長達數月或數年(第9天為發病高峰期)。

 

由於鼠尿病的疫情在數個州屬擴散,衛生部已正式將鼠尿病列為必須向部門呈報的疫病,如骨痛熱症和A(H1N1)型流感。

衛生部長拿督斯里廖中萊表示,他于上週六已指示衛生總監丹斯里依斯邁向各縣衛生局發出通令,必須向衛生局和部門呈報鼠尿病的病例,以便當局能更有效採取防範措施。

他吁請民眾不要感到驚慌,因為目前情況受到控制,當局有能力控制鼠尿病疫情和老鼠的繁殖。

吉打約百宗病例

他表示,在吉打州有約百宗鼠尿病病例,而因此事身亡者有一人。

“其實全國各地都有鼠尿病細菌,如果沒有採取行動保持環境衛生,這種細菌將變成一種傳染病。

“之前當局沒有向部門報告(有關鼠尿病病例),但由於情況日益嚴重,我已指示衛生總監向各縣衛生局發出通令,以便向部門報告這種病例,以便能採取行動。”

至今,鼠尿病已奪走多條人命,其中彭亨州馬蘭雙溪熱力陸布佑瀑布區有8宗,吉打州瓜拉尼浪瀑布區有1宗以及砂拉越魯勃安都及民都魯2宗。

 

 

NOTA MAKLUMAN

MELIOIDOSIS

 

Apakah Agen Penyebab dan Punca Jangkitan?

  • Penyakit melioidosis ialah sejenis penyakit jangkitan bakteria yang jarang belaku yang dikesan di kawasan beriklim tropika, terutamanya di Asia Tenggara, Australia Utara, Afrika Barat dan Amerika Selatan. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan sejenis bakteria Burkholderia pseudomallei yang berada di dalam  permukaan air dan tanah. Bakteria ini hidup melata di dalam tanah.
  • Manusia boleh dijangkiti penyakit ini apabila terdedah secara langsung kepada tanah dan sumber air yang tercemar dengan bakteria tersebut. Jangkitan sering berlaku terutamanya sewaktu monsoon atau musim hujan. Ini mungkin disebabkan air hujan akan membawa bakteria ini ke permukaan tanah. Cara jangkitan ialah melalui saluran pernafasan (inhalation of contaminated dust or water droplets), terminum air tercemar atau melalui luka di kulit.

Apakah Gejala Penyakit Ini?

  • Anggaran masa pengeraman (incubation period) iaitu tempuh dari masa terdedah sehingga timbul gejala adalah di antara 2 hingga 7 hari. Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa saja yang terdedah tetapi golongan yang lebih berisiko tinggi ialah mereka yang mengidap penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit hati, sakit buah pinggang, thalassemia, kanser atau lain-lain keadaan daya tahan badan (imuniti) yang rendah.

 

  • Penyakit ini menunjukkan pelbagai gejala klinikal. Seseorang yang dijangkiti bakteria ini berkemungkinan: 
    • tidak menunjukkan apa-apa simptom (asymptomatic), atau
    • menunjukkan beberapa simptom dan gejala jangkitan seperti;
    • Tanda-tanda jangkitan setempat (acute or localized infection) – jangkitan melalui luka pada kulit selalunya menyebabkan ulser, bonjolan (nodul), atau bernanah pada kulit, demam dan sakit otot.
    • Tanda-tanda jangkitan paru-paru yang akut (acute pulmonary infection) – seperti; demam yang tinggi, batuk, sakit dada, sakit kepala, tiada selera makan dan bisa seluruh badan (general muscle soreness).
    • Tanda-tanda jangkitan salur darah yang akut (acute bloodstream infection) –  ianya biasa berlaku kepada pesakit yang mempunyai penyakit kronik (kencing manis dan kegagalan buah pinggang) seperti demam, sakit kepala, sesak nafas, sakit perut, sakit sendi dan otot, dan kecelaruan masa dan tempat (disorientation).
    • Tanda-tanda jangkitan menyeluruh (disseminated melioidosis) – melibatkan belakunya pernanahan pada pelbagai organ badan (hati, paru-paru, limpa, prostat, sendi, tulang dan otak), demam, kehilangan berat badan yang ketara, sakit perut, sakit dada, sakit otot, sakit  sendi, sakit kepala serta sawan. 

 

Bagaimana Jangkitan ini disahkan?

  • Jangkitan Melioidosis boleh disahkan melalui:
    • Penemuan bakteria Burkholderia pseudomallei melalui kultur sampel darah, air kencing, kahak, atau luka di kulit, atau nanah.
    • Penemuan antigen bakteria dalam ujian serologi darah.

 

Adakah Penyakit Ini Boleh Dirawat?

  • Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik tertentu. Rawatan awal dengan antibiotik adalah perlu bagi mengelakkan pesakit, terutama bagi mereka yang terdiri daripada golongan berisiko, mendapat jangkitan yang lebih teruk dan menggelakkan dari kematian.

 

  •  Buat masa ini tidak ada ubat yang boleh digunakan sebagai profilaksis, iaitu untuk menggelakkan dari mendapat jangkitan tersebut.

 

Apakah Langkah-langkah Pencegahan dan Kawalan Yang Boleh Diambil.

  • Buat masa ini tiada vaksin untuk pencegahan jangkitan melioidosis.

 

  •  Di antara langkah-langkah kawalan yang boleh diambil ialah:
    • Mengelak pendedahan kepada tanah dan sumber air yang tercemar terutamanya mereka yang mempunyai luka pada permukaan kulit dan mempunyai penyakit kronik penyakit seperti kencing manis dan sakit buah pinggang.  
    • Pengunaan kasut kalisair bagi mereka yang terlibat dengan kerja-kerja yang terdedah kepada sumber tercemar di tanah dan air. Jika terdapat sebarang luka pada anggota badan, cuci dan balut dengan sempurna.
    • Segera mendapatkan rawatan jika mempunyai tanda-tanda penyakit bagi mereka yang terdedah.

 

 LEPTOSPIROSIS

 

Apa Agen Penyebab dan Punca Jangkitan?

  • Leptospirosis ialah sejenis penyakit zoonosis (penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia), yang disebabkan oleh bakteria dari genus Leptospira.  Manusia boleh dijangkiti apabila terdedah kepada air, makanan, atau tanah yang dicemari dengan  air kencing haiwan yang terjangkit seperti tikus, kucing, anjing, lembu, kambing, babi, kuda dan haiwan-haiwan liar yang lain.

 

Apakah Gejala Penyakit ini?

  • Tempuh masa inkubasi (incubation period) iaitu tempoh dari masa terdedah sehingga timbul gejala adalah di antara 2 hingga 10 hari.  Penyakit ini menunjukkan pelbagai gejala klinikal. Di antara gejala jangkitan leptospirosis yang boleh ditunjukkan oleh pesakit adalah demam yang tinggi, sakit kepala, menggigil (chills), sakit otot, muntah, jaundis (penyakit kuning), radang mata, sakit perut, cirit-birit,  batuk dan ruam di kulit.

 

  • Penyakit, ini boleh dikategorikan dalam empat kategori klinikal berdasarkan tanda-tanda tersebut seperti berikut (WHO, 2003):
    • Penyakit yang menyerupai Influenza (Influenza like illness) yang ringan
    • Sindrom Weil (Weil’s syndrome) – jaundis, kegagalan ginjal, pendarahan dan peradangan otot jantung (myocarditis)dengan denyutan yang tak sekata (arrhythmias);
    • Meningitis/mengingoencephalitis (peradangan selaput otak/peradangan otak);
    • Pendarahan pulmonari (paru-paru) dengan kegagalan pernafasan

 

Bagaimana penyakit ini disahkan?

  • Pengesahan jangkitan Leptospirosis adalah melalui :
    • Pengesanan bakteria Leptospira melalui kultur daripada sampel darah, air tulang belakang (cerebrosipinal fluid)dan air kencing
    • Ujian serologi bagi mengesan antibodi spesifik seperti ujian Microscopic Agglutination Test (MAT), teknik ujian Immunofluorescent (IF) dan ELISA

 

Adakah penyakit ini boleh dirawat?

  • Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan antibiotic tertentu. Bagi mereka yang menunjukkan gejala seperti di atas hendaklah bersegera ke klinik berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan, khususnya bagi mereka yang mempunyai sejarah terdedah kepada air atau makanan yang tercemar. Rawatan awal dengan antibiotik akan dapat menggelakkan komplikasi dan kematian.

Antibiotik Doxycycline juga boleh diberi sebagai profilaksis kepada mereka yang terdedah kepada jangkitan melalui pekerjaan (seperti tentera, petugas penyelamat, dan lain-lain). Walau bagaimanapun, nasihat doktor perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum mengambil profilaksis.

 

Apakah langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang boleh diambil?

  • Bagi pekerja yang mempunyai risiko terdedah kepada air yang tercemar hendaklah sentiasa berkasut dan berpakaian yang sempurna, sebaiknya yang kalis air.
  • Elakkan diri dari bermain air atau bermandi manda di sungai atau kolam jika terdapat luka atau kudis di kulit. Jika masih juga terpaksa terdedah kepada air, tutup luka atau kudis tersebut dengan sempurna dengan plaster yang kalis air.
  • Risiko pencemaran biasanya meningkat selepas hujan. Oleh itu, elakkan aktiviti-aktiviti rekreasi melibatkan air sewaktu hujan dan selepasnya sehingga keadaan air kembali seperti biasa. Begitu juga, elakkan diri bermain air sewaktu musim banjir.
  • Elak dari meminum air sungai yang tidak dimasak atau dirawat.
  • Sentiasa menjaga kebersihan persekitaran bagi mengelakkan kehadiran perumah haiwan khususnya tikus dan meningkatkan risiko pencemaran dengan bakteria berkenaan. Sampah sarap dan sia-sisa makanan yang tidak dilupuskan secara sempurna mengundang kehadiran haiwan ini.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan jika mendapat gejala penyakit dalam tempoh dua minggu dari  tempoh mengunjungi tempat-tempat  rekreasi (seperti kawasan air terjun, air sungai, tasik, kolam dan lain-lain).

 

 

【以上資料 摘自星洲互動,衛生部網站,雅虎知識堂】

 

Saturday the 23rd - Designed And Maintained By THELEX DOT COM http://www.thelex.com 084-347087. Powered by 888 poker bonus code